top of page

Rutin / Basic Cleaning

Jika ciri rumah anda adalah :
Terkawal bersih
Terkawal susun atur
Terkawal habuk / debu / sawang
Terkawal kotor / minyak / lendir

 

Anda perlukan :
Rutin pembersihan rumah
Rutin mengurus baju

​

SKOP KERJA
Kemas Rumah / Ruang Tamu / Bilik Tidur / Dapur / Bilik Air
Halaman Rumah / Lipat Baju / Gosok Baju
Gantian Cadar / Langsir

​

Harga Servis

1 Petugas RM 80.00 / 3 Jam
Masa yang diambil bergantung kepada keadaan dan keluasan rumah

Tambahan masa RM20.00 / 1 Jam
Tenaga Kerja Sahaja

​​Cas tambahan jika perlu

bagi alatan dan bahan chemical adalah sebanyak RM15.00 sahaja

​

Waktu Operasi :

Setiap hari

Isnin - Ahad

​

Slot Kerja :

08.00 pagi - 11.00pagi

11.30 pagi - 2.30 petang

3.00 petang - 06.00 petang

​

Terma & Syarat

Pelanggan yang dihormati, berikut adalah terma & syarat yang perlu difahami dan dipersetujui bersama ketika petugas hadir memberi servis di kediaman anda. Terma & syarat ini adalah tanda setuju apabila anda menggunakan khimat kami.

 

Terma & syarat adalah seperti berikut :

​

  1. ​Butiran peribadi anda tidak akan diberi kepada pihak lain.

  2. Deposit tidak akan dikenakan.

  3. ​Pembatalan atau menunda servis perlu dimaklumkan ke pihak kami selewatnya 2 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan.

  4. ​Pihak kami berhak membatalkan slot anda sekiranya tidak menemui kata sepakat berhubung tarikh dan masa yang diminta.

  5. ​Barang berharga berbentuk wang tunai, telefon bimbit dan sebagainya perlu disimpan terlebih dahulu sebelum petugas masuk ke kediaman untuk menjalankan tugas. Sekiranya berlaku kehilangan barang setelah petugas keluar dari kediaman anda, kami tidak akan menanggung sebarang kerugian atas kehilangan tersebut. Dan ini tidak akan menjadi tanggungjawab kami.

  6. ​Anda berhak memantau petugas ketika kerja dijalankan.

  7. ​Petugas tidak akan membawa keluar sampah atau pun barangan yang tidak digunapakai luar dari kediaman. Sampah hanya buang di tong sampah luar rumah sahaja.

  8. Tidak dibenarkan untuk memberi barangan terpakai berbentuk pakaian, kasut, tudung, dan lain-lain barang yang tidak lagi diguna pakai kepada para petugas kami. Ini bagi mengelakkan sebarang salah faham berlaku.

  9. Kerja yang dijalankan adalah tidak termasuk memindahkan barang / perabot dari tingkat yang sama ataupun dari 1 tingkat ke tingkat lain.

​

​

Terima kasih dari kami :

Mem Norazreen Ahmad

​

bottom of page