top of page

Pembantu Majlis

Bercadang mengadakan majlis sederhana seperti bertunang, harijadi, sambutan perayaan, doa selamat, yasin & tahlil, jamuan makan keluarga, konvensyen sekolah dan majlis korporat boleh menggunakan khidmat ini.

​

Tugas pembantu majlis yang perlu anda tahu :
Menyediakan tempat selesa untuk tetamu anda
Menyusun atur meja makan / buffet
Membantu tugas didapur
Mengurus Goodies Bag
Mengangkat hidangan dari dapur membersihkan meja
Menghidang makanan dan mempersilakan tetamu untuk makan
Mengemas rumah selepas majlis

​

Kelebihan menggunakan khidmat pembantu majlis :
Tuan rumah dapat menumpukan perhatian kepada tetamu
Memantau hidangan dari masa ke semasa
Membantu tetamu melayan kerenah anak anak
Menjadi perantaraan tuan rumah dan tetamu
Bertindak sebagai pemudahcara majlis
Majlis akan lebih teratur
Mengemas rumah selepas majlis

​

Harga Servis

2 Petugas RM 125.00 / 3 Jam

Tambahan masa RM30.00 / 1 Jam

Tenaga Kerja Sahaja

​

Waktu Operasi :

Setiap hari

Isnin - Ahad

​

Slot Kerja :

08.00 pagi - 11.00pagi

11.30 pagi - 2.30 petang

3.00 petang - 06.00 petang

7.30 malam - 10.30 malam

8.00 malam - 11.00 malam

​

Terma & Syarat

Pelanggan yang dihormati, berikut adalah terma & syarat yang perlu difahami dan dipersetujui bersama ketika petugas hadir memberi servis di kediaman anda. Terma & syarat ini adalah tanda setuju apabila anda menggunakan khimat kami.

 

Terma & syarat adalah seperti berikut :

​

  1. ​Butiran peribadi anda tidak akan diberi kepada pihak lain.

  2. Deposit tidak akan dikenakan.

  3. ​Pembatalan atau menunda servis perlu dimaklumkan ke pihak kami selewatnya 2 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan.

  4. ​Pihak kami berhak membatalkan slot anda sekiranya tidak menemui kata sepakat berhubung tarikh dan masa yang diminta.

  5. ​Barang berharga berbentuk wang tunai, telefon bimbit dan sebagainya perlu disimpan terlebih dahulu sebelum petugas masuk ke kediaman untuk menjalankan tugas. Sekiranya berlaku kehilangan barang setelah petugas keluar dari kediaman anda, kami tidak akan menanggung sebarang kerugian atas kehilangan tersebut. Dan ini tidak akan menjadi tanggungjawab kami.

  6. ​Anda berhak memantau petugas ketika kerja dijalankan.

  7. ​Petugas tidak akan membawa keluar sampah atau pun barangan yang tidak digunapakai luar dari kediaman. Sampah hanya buang di tong sampah luar rumah sahaja.

  8. Tidak dibenarkan untuk memberi barangan terpakai berbentuk pakaian, kasut, tudung, dan lain-lain barang yang tidak lagi diguna pakai kepada para petugas kami. Ini bagi mengelakkan sebarang salah faham berlaku.

  9. Kerja yang dijalankan adalah tidak termasuk memindahkan barang / perabot dari tingkat yang sama ataupun dari 1 tingkat ke tingkat lain.

​

​

Terima kasih dari kami :

Mem Norazreen Ahmad

​

bottom of page