Terma & Syarat
- treeakhidmatkemas
- 26 Dis 2018
- 1 min membaca
Updated: 14 Jan 2019
Pelanggan yang dihormati, berikut adalah terma & syarat yang perlu difahami dan dipersetujui bersama ketika petugas hadir memberi servis di kediaman anda. Terma & syarat ini adalah tanda setuju apabila anda menggunakan khimat kami.
Terma & syarat adalah seperti berikut :
Butiran peribadi anda tidak akan diberi kepada pihak lain.
Deposit tidak akan dikenakan.
Pembatalan atau menunda servis perlu dimaklumkan ke pihak kami selewatnya 2 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan.
Pihak kami berhak membatalkan slot anda sekiranya tidak menemui kata sepakat berhubung tarikh dan masa yang diminta.
Barang berharga berbentuk wang tunai, telefon bimbit dan sebagainya perlu disimpan terlebih dahulu sebelum petugas masuk ke kediaman untuk menjalankan tugas. Sekiranya berlaku kehilangan barang setelah petugas keluar dari kediaman anda, kami tidak akan menanggung sebarang kerugian atas kehilangan tersebut. Dan ini tidak akan menjadi tanggungjawab kami.
Anda berhak memantau petugas ketika kerja dijalankan.
Petugas tidak akan membawa keluar sampah atau pun barangan yang tidak digunapakai luar dari kediaman. Sampah hanya buang di tong sampah luar rumah sahaja.
Tidak dibenarkan untuk memberi barangan terpakai berbentuk pakaian, kasut, tudung, dan lain-lain barang yang tidak lagi diguna pakai kepada para petugas kami. Ini bagi mengelakkan sebarang salah faham berlaku.
Kerja yang dijalankan adalah tidak termasuk memindahkan barang / perabot dari tingkat yang sama ataupun dari 1 tingkat ke tingkat lain.

- towards the professional
Comments